بسم الله الرحمان الرحيم
Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat klau boleh nk dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya (dalam erti kata lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi). Tanpanya kita rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.. .
Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita (dalam erti kata lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuang masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hatinya kerana kita bukan cinta kepadanya)
Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nk tergelak sampai nk pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bla tak berjumpa seminggu. (dalam erti kata lain, suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita)
Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya (dalam erti kata lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)