22 December 2010

merangkak berjalan dan akhirnya berlari

بسم الله الرحمان الرحيم

setiap saat minit dan jam

dari hari ke hari
bulan ke bulan
tahun ke tahun

dari aku mula lahir ke muka bumi ini
mulanya aku merangkak
seterusnya aku berjalan
dan akhirnya berlari
hingga kini aku masih setia di muka bumi ini
syukur~

Kau berikan aku nikmat ini
terima kasih padaMu
kerna aku masih bernafas
dan terus diberi peluang..
aku hamba yang kerdil dan hina
aku sering dan selalu lupa dan alpa
aku terlalai dan terleka
namun Kau tak pernah lupakan aku
aku meminta tapi Kau tak jemu memberi
aku memohon tapi Kau tak lupa merestui
Kau sentiasa ada disisi tak kira apa jua keadaanku
cuma aku.. cuma aku yang terkadang ingat padaMu
masih belum cukup aku lakukan untukMu
ampunkan aku Ya Allah
tetapkanlah hatiku padaMu
tebalkanlah iman di dadaku
amin . . .

aku yang bakal melangkah ke hari2 seterusnya
meninggalkan hari2 sebelumnya
semoga hari2 yang mendatang adalah yang terbaik dari hari2 aku yang sebelum ini. untuk hari2 yang telah aku lepasi tidaklah aku sesali. apa yang telah terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. buang yang keruh ambil yang jernih. yang dah jadi sudah terlambat untuk digubah semula. ianya hanya boleh dikenang2 sahaja. kenangan silam yang mungkin memberi bahagia ataupun derita. dan aku hanya mampu untuk menerimanya dan hadapi dengan senyuman mungkin. tak perlu diungkit dan diterokai lagi. dan aku biarkan ia pergi~
pergi?? bukan maksudku untuk melepaskannya. aku cuma membiarkannya hanyut oleh arus masa. biarlah masa dan takdir yang tentukan. whatever will be, will be~
aku hanya perlu memandang lebih jauh. jauh ke masa hadapan. agar aku dapat mencorak hidupku supaya lebih bermakna dan menjadikan hari2 esok adalah lebih baik dari hari2 semalam.

terima kasih kekasih~setiap insan disekeliling aku yang aku sayangi
kamu semua dah membahagiakan aku pada hari2 aku sebelum ini dan aku terus berharap agar kamu semua takkan lupa untuk membahagiakan aku lagi di hari2 yang mendatang...

2O1O: "selamat datang!!"
2O11: "terima kasih! apa tugas sy ye? kalau salah tolong tunjukkan.. hee.."
2O1O: "takde masalah.. tapi takyah risaulah.. just go with the flow..:) "
2O11: "baek!! ;) "






p/s:: gonna be 24..-____-" sy da besar!!hak3

21 December 2010

endlessly ::part 1::

بسم الله الرحمان الرحيم

http://www.emocutez.comCINTA . . .
apa itu cinta??
ada apa dengan cinta??
kata orang cinta itu buta..
buta? tak nampak? tak boleh dilihat??
uhh,, patutlah ramai yang angau bila bercinta..
kan cinta tu buta..

tapi.. apa sebenarnya cinta ini?
adakah ia seperti manusia..??
punya mata . .
punya tangan . .
punya kaki . .
punya akal . .
punya hati dan perasaan . .???

atau adakah ia seperti pokok bunga..??
punya ranting . .
punya daun . .
punya akar . .
punya bunga-bungaan . .???

oh, seperti kereta mainan agaknya...
punya roda . .
punya bateri . .
punya alat kawalan jauh . .
punya pelbagai warna pilihan . .???




http://www.emocutez.com to be continue~

11 December 2010

semangat!

بسم الله الرحمان الرحيم

uhh2,,kenapa title sebegitu??.. sebab,,,,,,,,,,, aku memang bersemangatlah!! muahahaha... >sambil garu2 kepala jap..nape eh??hoho< wee~ seronoklah sebab aku dah tamat part4.. yea!! >macam dah tamat pengajian plk..hak3< perasaan yang seronok amat setelah tengok result dan semua subjek aku pass dengan jayanya.. >lalalaa...jaya ke??..:p< alhamdulillah.. syukur sangat.. lulus semua dan yang penting cgpa aku naik! terima kasih pada semua,, mak abah, adek beradik, semua kawan2, semua lecturer2.. syukur~


dah tengok result semangat sikit nak teruskan part5 untuk sem depan nih.. >haha..yeke....:p< semangatlah sebab sem depan aku akan ambil 4 subjek je... wee~ banyak masa terluang untuk aku lebih fokus kan! hee... takde la tension2 sangat kan.. hoho.. whatever it is,, apa yang penting!!!,, aku kena lebih kuat bersemangat dan terus2 berusaha dengan segigih2nya!! yesS!!! *^,^*

banyaknye ruang2 kosong...hikhik
++xde kelas jumaat lg... eyeayy!! ;D



Zana!! takmo malas2 lagi eh.. biar belajar bertingkat2 tapi jangan bodoh berlapis2 >lalalaa..ciplak ayat cite seribu kali cinta..hak3<





p/s:: i will never give up!!!

10 December 2010

thank you Allah

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah

syukur padaMu Ya Allah
aku hanya insan lemah
namun aku seringkali diberi peluang olehMu
terima kasih untuk segalanya
aku syukur atas pemberiaanMu ini...
amin~




p/s:: syukur~

menanti hikmah

بسم الله الرحمان الرحيم

hembusan bayu memecah sunyi penjuru
alam maya yang diciptakan oleh pencipta
siang dan malam silih berganti
di bumi ini ketenangan yang dicari
tapi apakah akan ditemui

hanyalah berserah padaNya
kerna dia maha segalanya

tanpa disangka dugaan tiba
turut kata pasti akan binasa
hebatnya badai melanda
menggoncang jiwa

kita berdoa agar ditemukan cinta ini
dengan yang lebih memahami
hati ini…
kasih ku

antara dua hampiri menagih jiwa
ketentuan tidak mengenal siapa
redha dengan apa takdirNya
pasti ada tersirat hikmahnya


`lirik lagu Menanti Hikmah by Mawi`







>>nice song by mawi.. tetttttt... walaupun aku tak minat mawi >err,,bukan penyanyi pujaan aku la maksudnya..haha< tapi lagu menanti hikmah ni memang best and nice! suka lah ngan lagu nih.. lirik pun bestt!! ^,^ first time dengar masa tonton drama `Seruan Pulau Nami` kat astro prima siang tadik.. hee.. ingatkan siaran ulangan tadi.. rupa2nya baru 1st episode.. hikhik.. maknanya aku tak ketinggalan la kan.. gagaga.. 1st episode not bad.. cite tu macam best.. so,, layannn...hak3





p/s:: aku yang menanti hikmah~
Related Posts with Thumbnails