02 June 2010

mari protes!

بسم الله الرحمان الرحيم

mari tunjukkan sokongan anda...

saya sudah melakukannya.. anda bagaimana?.. =)

saya dah tukar profile picture saya!.. mari semua tunjukkan prihatin anda..




copy paste dari myMetro::

Semua masjid, surau diminta solat hajat

PUTRAJAYA: Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta melakukan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah pada malam ini bagi mendoakan semoga aktivis yang menghantar bantuan keselamatan ke Gaza dilindungi Allah.

Tindakan segera itu digerakkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan serangan tidak bertamadun tentera Israel terhadap kapal sukarelawan Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata usaha itu dilakukan bagi mendoakan keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.


“Usaha (solat hajat) itu perlu dilakukan segera dan memohon perlindungan Allah bagi sukarelawan berkenaan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.


Beliau berharap solat hajat itu boleh dilakukan serentak selepas solat Maghrib pada Selasa dan diteruskan pula selepas solat Jumaat nanti.





p/s::prihatin dan belas kasihan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails