22 December 2010

merangkak berjalan dan akhirnya berlari

بسم الله الرحمان الرحيم

setiap saat minit dan jam

dari hari ke hari
bulan ke bulan
tahun ke tahun

dari aku mula lahir ke muka bumi ini
mulanya aku merangkak
seterusnya aku berjalan
dan akhirnya berlari
hingga kini aku masih setia di muka bumi ini
syukur~

Kau berikan aku nikmat ini
terima kasih padaMu
kerna aku masih bernafas
dan terus diberi peluang..
aku hamba yang kerdil dan hina
aku sering dan selalu lupa dan alpa
aku terlalai dan terleka
namun Kau tak pernah lupakan aku
aku meminta tapi Kau tak jemu memberi
aku memohon tapi Kau tak lupa merestui
Kau sentiasa ada disisi tak kira apa jua keadaanku
cuma aku.. cuma aku yang terkadang ingat padaMu
masih belum cukup aku lakukan untukMu
ampunkan aku Ya Allah
tetapkanlah hatiku padaMu
tebalkanlah iman di dadaku
amin . . .

aku yang bakal melangkah ke hari2 seterusnya
meninggalkan hari2 sebelumnya
semoga hari2 yang mendatang adalah yang terbaik dari hari2 aku yang sebelum ini. untuk hari2 yang telah aku lepasi tidaklah aku sesali. apa yang telah terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. buang yang keruh ambil yang jernih. yang dah jadi sudah terlambat untuk digubah semula. ianya hanya boleh dikenang2 sahaja. kenangan silam yang mungkin memberi bahagia ataupun derita. dan aku hanya mampu untuk menerimanya dan hadapi dengan senyuman mungkin. tak perlu diungkit dan diterokai lagi. dan aku biarkan ia pergi~
pergi?? bukan maksudku untuk melepaskannya. aku cuma membiarkannya hanyut oleh arus masa. biarlah masa dan takdir yang tentukan. whatever will be, will be~
aku hanya perlu memandang lebih jauh. jauh ke masa hadapan. agar aku dapat mencorak hidupku supaya lebih bermakna dan menjadikan hari2 esok adalah lebih baik dari hari2 semalam.

terima kasih kekasih~setiap insan disekeliling aku yang aku sayangi
kamu semua dah membahagiakan aku pada hari2 aku sebelum ini dan aku terus berharap agar kamu semua takkan lupa untuk membahagiakan aku lagi di hari2 yang mendatang...

2O1O: "selamat datang!!"
2O11: "terima kasih! apa tugas sy ye? kalau salah tolong tunjukkan.. hee.."
2O1O: "takde masalah.. tapi takyah risaulah.. just go with the flow..:) "
2O11: "baek!! ;) "






p/s:: gonna be 24..-____-" sy da besar!!hak3

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails