04 March 2011

suatu kisah pengorbanan (siri 1)

بسم الله الرحمان الرحيم

rindu yang tertusuk membuatkan aku mengimbas kembali kisah ceritera silam. kenangan yang mengusik jiwa naluri aku dan masih membuatkan air mataku jatuh membasahi pipi tatkala memikirkannya..

berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa..

tak semua insan di muka bumi ini yang mampu dan sanggup melakukan pengorbanan kan.. tapi aku amatlah berbangga dan menyanjung pada insan yang telah banyak menghulurkan pengorbanannya pada aku.. pengorbanan yang amat besar dan tak ternilai harganya dan aku juga takkan termampu untuk membalas sama nilai pengorbanan itu. terima kasih mak abah. dari aku diciptakan dilahirkan, sewaktu aku kecil dan meningkat dewasa sehingga kini juga,, tak putus2 mak dan abah berkorban untuk aku.. pelihara dan menjaga aku dengan sebaiknya dan ditatang bagai minyak yang penuh. segala kehendak dan kemahuan aku sentiasa dipenuhi andai mampu mak dan abah turuti. segalanya tak pernah mak dan abah merungut dengan kerenah aku yang terkadang agak melampau. aku sedar aku degil, keras kepala, dan mengada2 jugak. dulu aku kuat menangis dan merajuk kalau mak dan abah marah sebab degil dan keras kepala aku tu. mentahnya fikiran aku. tak tahu apa yang baik dan buruk masa tu. apa yang aku tahu aku cuma mahu hati aku disenangkan. mengada kan.. tak pernah nak fikir hati mak dan abah langsung. DEGIL!! lagi dimarah lagi aku rasa nak memberontak. aduh,, ceteknya fikiran aku masa tu. mak abah,, maafkan adik.. adik dah banyak susahkan hati mak dan abah kan. sekarang pun mak dan abah susah hati pasal adik kan. sebab sekarang pun adik degil lagi. tapi tak sedegil dulu kan. maafkan adik. adik akan berubah. insyaAllah. doakan adik..


.. sooner or later~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails