13 June 2010

hidup seperti roda.. .

بسم الله الرحمان الرحيم
jatuh bangun..
dan aku terus cuba untuk bangun bangun dan terus bangun
terus cuba bangun dari jatuh aku agar dapat aku terus berjalan dan mungkin mampu untuk berlari pula
berjalan berlari supaya dapat aku tiba ke destinasi impian aku
tiba dengan harapan agar impian itu masih mengharapkan kehadiran aku di sana
supaya nanti aku tidak tertinggal jauh oleh impian itu
kiranya impian itu meninggalkan aku,, pasti aku akan tersesat dalam jalan2 hidup aku
sesat dan aku mungkin akan sering kali terjatuh dan terjatuh
jatuh dan jatuh,, pasti luka akan mendatang
luka yang belum pasti sampai bila akan terubat
aku tak mahu luka dan aku tak mahu terluka
impian,, jangan tinggalkan aku jauh2..
sabarlah menanti aku hadir padamu..
aku,, aku akan terus bangun bangun dan terus bangun
dan terus terus berjalan hingga aku ketemu dengan impian...



p/s::syukur.. aku perlu usaha dan terus usaha lagi!^^

11 June 2010

need oxigen!!

بسم الله الرحمان الرحيم

wuts gonna be happen??!!!
huk.. =(
wishing,, everything will be ok~


p/s::Ya Allah,, tenangkanlah hatiku ini... amin~

10 June 2010

bermimpi agaknya.. .

بسم الله الرحمان الرحيم

tidak aku fahami
..
mata ku tidak buta, mata ku jua tidak dibutakan...

tetapi mengapa dan kenapa,, gambaran itu juga yang sering bermain2 di hadapan mataku ini..

terkadang,, mataku memandang kiri, memandang kanan, memandang depan, dan belakang juga mataku memandang.. kiri, kanan, depan, belakang...
aku lihat dan aku nampak,, ya, gambaran yang sama..

apakah ini semua??.. mimpikah aku???
cukup2 lah.. aku tak mahu bermimpi lagi.. mimpi yang menghanyutkan hati dan perasaan aku.. aku tak mahu lagi.. aku lebih rela menanggung hati yang kosong, jiwa yang kosong..

kosong memberi aku peluang untuk belajar menerima sesuatu yang lebih bermakna dan berharga bagi aku memenuhi ruang yang masih bernyawa pada hati dan jiwa..
kosong mengajar aku erti kesyukuran dan kemaafan.. tiada syukur dan tiada maaf,, tiadalah kehidupan yang tenang padaku..

kosong menjadikan aku merelakan dengan tenang untuk menghadapi masa yang mendatang..


*
mimpi bukanlah sesuatu yang indah, pabila kita sedar kita sudah hilang semua yang hadir dalam mimpi itu.. kehilangan membuat aku sepi dan terus bersendiri.. bersendiri dengan mimpi2 yang terkadang membuatkan aku tak ingin sedar dari tidur dan anganku.. tapi,, aku perlu terus bangun dan sedar! kerana aku masih ada yang punya di dunia realiti ini~





p/s::kau memang tercipta bukanlah untukku.. .

09 June 2010

*holiday*

بسم الله الرحمان الرحيم

lalalaa... bercuti dr berblogging.. huu.. rindu amat!!!
tapi,, apakan daya.. my time is limited... huahuahua
this time saja nak sua2 muka jer.. nothin untuk di'update'kan..^^
coming soOn!!.. wee...^^




p/s::rindukan sy tau!..lalalaa~

02 June 2010

mari protes!

بسم الله الرحمان الرحيم

mari tunjukkan sokongan anda...

saya sudah melakukannya.. anda bagaimana?.. =)

saya dah tukar profile picture saya!.. mari semua tunjukkan prihatin anda..




copy paste dari myMetro::

Semua masjid, surau diminta solat hajat

PUTRAJAYA: Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta melakukan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah pada malam ini bagi mendoakan semoga aktivis yang menghantar bantuan keselamatan ke Gaza dilindungi Allah.

Tindakan segera itu digerakkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan serangan tidak bertamadun tentera Israel terhadap kapal sukarelawan Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata usaha itu dilakukan bagi mendoakan keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.


“Usaha (solat hajat) itu perlu dilakukan segera dan memohon perlindungan Allah bagi sukarelawan berkenaan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.


Beliau berharap solat hajat itu boleh dilakukan serentak selepas solat Maghrib pada Selasa dan diteruskan pula selepas solat Jumaat nanti.





p/s::prihatin dan belas kasihan...
Related Posts with Thumbnails